Niaga Kampus · Platform jualan tersusun

Membawa pasaran kepada usahawan.

Bukan sekadar membawa usahawan ke acara. Stailo Event membina tapak niaga lengkap di universiti dan politeknik, tempat pelanggan sudah sedia ada.

  • 50lot F&B setiap program
  • 9'×10'khemah seragam
  • 3–5hari setiap kampus

Kenapa kampus

Pelanggan sudah ada. Kami bawa usahawan kepada mereka.

Acara di kawasan terbuka sukar dijangka. Usahawan menanggung kos stok, pekerja dan pengangkutan, tetapi pengunjung tidak semestinya mencukupi.

Universiti dan politeknik pula sudah mempunyai komuniti pelanggan sendiri: pelajar, staf dan penghuni kolej kediaman. Stailo Event menghubungkan kedua-duanya dengan tapak jualan yang tersusun, meriah dan boleh diukur.

Peluang jualan sebenarPelanggan baharuRekod prestasi
Pelajar memenuhi lorong jualan Stailo Event di kampus
Lorong jualan Stailo Event di kampus

Konsep program

Bukan bazar biasa. Satu destinasi untuk pelajar.

Konsep Kampung Melayu Klasik: pengunjung datang untuk merasai suasana, mencuba makanan warisan, mengambil gambar dan menyertai aktiviti.

50

Lot usahawan

Keutamaan kepada usahawan setempat, dengan kategori produk yang seimbang dan tidak bertindih.

Khemah seragam 9'×10'

Lot tersusun, bernombor dan berelektrik, dengan lampu, meja dan laluan pengunjung yang kemas.

Windflag setiap vendor

Lorong visual yang hidup: jenama dilihat dari jauh, pengunjung mudah mencari produk.

Makanan warisan

Kuih tradisional, masakan kampung dan rasa tempatan setiap negeri.

Suasana siang & malam

Lampu limpah, pencahayaan dekoratif, pentas dan tarikan utama untuk trafik berterusan.

Penglibatan pelajar

Aktiviti, pertandingan dan cabutan bertuah berasaskan QR yang menarik pengunjung kembali.

50 lot+50 windflag+satu identiti

Perancangan tapak

Setiap tapak dirancang, bukan disusun sesuka hati

Pelan sebenar program Stailo Event di UPSI. Susun atur disesuaikan dengan kapasiti tapak, keselamatan, parkir dan kelulusan kampus.

Pelan susun atur Konvokesyen Politeknik di UPSI
Konvokesyen PoliteknikUPSI
Pelan susun atur MIST 3.0 di UPSI
MIST 3.0UPSI
Pelan susun atur Open Day UPSI
Open DayUPSI

Kaedah pelaksanaan

Bermula kecil, dibuktikan, kemudian dibawa ke seluruh Malaysia

  1. 1

    Perintis

    Satu kampus terpilih, sekitar 50 usahawan setempat, program penuh sebagai bukti konsep.

  2. 2

    Ukur

    Rekod jualan, transaksi, trafik pengunjung dan maklum balas usahawan serta pelajar.

  3. 3

    Perbaiki

    Data perintis digunakan untuk memperhalusi susun atur, kategori produk dan operasi.

  4. 4

    Standardkan

    Satu standard operasi yang boleh diulang di mana-mana kampus.

  5. 5

    Jelajah kampus

    Dibawa ke universiti dan politeknik lain, dengan keutamaan kepada usahawan setempat.

Model kerjasama

Peranan jelas, pelaksanaan lebih mudah

Model yang kami cadangkan kepada agensi pembangunan usahawan seperti TEKUN dan PERDA, juga sesuai untuk syarikat, persatuan dan penganjur program.

Agensi / Rakan

Pembangunan usahawan

  • Pemilihan dan penyelarasan usahawan
  • Promosi kepada rangkaian usahawan
  • Pertimbangan sokongan program
Stailo Event

Tapak, operasi & digital

  • Rundingan dengan pihak kampus
  • Khemah, elektrik, pencahayaan & windflag
  • Crew operasi, kebersihan & keselamatan
  • Apps pengurusan vendor & laporan
Universiti / Politeknik

Lokasi & komuniti

  • Kelulusan lokasi dan jadual
  • Hebahan kepada pelajar dan staf
  • Penyelarasan aktiviti kampus
Untuk usahawanJualan sebenar, pelanggan baharu, peluang menguji produk dan harga.
Untuk rakan kerjasamaPavilion beridentiti sendiri, data jualan dan laporan keberkesanan program.
Untuk kampusAktiviti yang meriah, tersusun dan selamat untuk komuniti pelajar.

Platform digital

Apps Stailo Event: semua urusan vendor dalam satu tempat

Dibina khas untuk program kami. Vendor memilih tapak dan menandatangani perjanjian dari telefon, penganjur memantau semuanya secara langsung.

01

Tempah tapak & pilih pelan bayaran

Vendor memilih lot yang masih kosong terus dari pelan tapak, kemudian memilih pelan bayaran deposit dan ansuran. Lot yang diambil terkunci serta-merta, tiada pertindihan tempahan.

02

Perjanjian & invois digital

Perjanjian ditandatangani terus di telefon. Invois dan jadual bayaran ansuran dijana automatik.

03

Papan pemuka penganjur

Pantau tempahan, bayaran, perjanjian dan notifikasi bagi setiap event dalam satu skrin.

04

Cabutan bertuah berasaskan QR

Setiap booth mempunyai QR sendiri. Pembeli imbas, daftar, dan cabutan dibuat di skrin besar pentas.

05

Pendaftaran kehadiran QR

Untuk program tertutup: peserta check-in dengan QR, serahan baju dan barangan direkod, tiada pengambilan berganda.

06

Data selamat, dipadam selepas program

Rekod dimuat turun ke Excel dan PDF, kemudian dikosongkan dari sistem. Data vendor dan pembeli tidak disimpan lebih lama daripada perlu.

Apps Stailo Event dibuka di laptop Skrin cabutan bertuah memaparkan pemenang

Hubungi kami

Jom bawa usahawan anda ke kampus.

Ceritakan program anda. Kami sediakan cadangan lokasi, susun atur dan anggaran kos.

  • WhatsApp—
  • Email—
  • Media sosial—